Wednesday 25 June 2014

Masa untuk kolaborasi sudah tiba.


Masa untuk kolaborasi sudah tiba...yeah itulah yang bermain difikiran saya pada bulan lepas..

Beberapa minggu ni agak sibuk dan memenatkan, proses mengedit PAZ edisi august 2014 turut berjalan, selain itu masih terfikir mengenai kolaborasi yang sedang dirancang dan merencanakan beberapa perkara kearah tujuan itu.

Kolaborasi Psychotic art Zine  dan Kafein Zine dalam perancangan, mulanya ianya hanyalah sekadar usik-mengusik sahaja, tetapi ianya menjadi serius dalam minggu sehingga brainstorming yang dijalankan dan muafakat telah dicapai. Maka lahirlah sebuah idea dan kami menamakan Zineksperimen.

Zineksperimen akan dijalankan oleh Aisya Ibrahim ( Kafien Zine ), Abul Auni Mohamed Salleh dan Rifki Syarani Fachry. Dijangka zine eksperimen oleh ketiga-penulis yang bergabungan ni akan diterbitkan pada pertengahan bulan August 2014 ( selepas PAS august released ), akan ada puisi, coretan dan cerpen dari ketiga-tiga penulis yang aktif ini..
Semoga segala perancangan ini berjalan dengan lancar..

Ni cover cadangan sahaja..

No comments:

Post a Comment