Wednesday 5 November 2014

Call For Submission #18 December 2014



As Salam, Hello and Hi kepada semua yang membaca zine ini...
Pejam celik, pejam celik dah bulan oktober. Ini bermakna tinggal satu issue jer lagi iaitu # 18 edisi December 2014 untuk mengakhiri perjalanan membuat psychotic art zine selama setahun dalam tahun 2014 ni. 
Well, seperti biasa memang banyak halangan dalam buat zine ni, datang dari pelbagai cabang, baik dari segi ekonomi, kekangan masa dan juga status semangat moral yang kadang kala ada turun naiknya. Terkesan jugak lah dalam mengharungi semua itu, ada masa naik, ada masa turun, ada masa ceria dan ada masa murung dan macam-macam lagilah..


Setelah mengamati semua issue PAZ dari awal tahun ( bermula dari edisi February ) apa yang dapat saya simpulkan bahawa, ianya penuh dengan perubahan dari segi penyampaian, kosistensi, kolaborasi dalam menghasilkan product lain, dan yang paling penting adalah mewujudkan persahabatan.

Yup.. PAZ sebuah organisasi kecil yang hanya dikendalikan oleh saya seorang diri, menjadikan stor bengkel sebagai tempat mengedit zine, bermodal kecil dan melakukan segalanya secara D.I.Y potong dan tampal. Apa yang mampu saya lakukan adalah mempromosi karya anda melalui zine. Yeah, mungkin anda pengeluar t-shirt atau mempunyai clothing label pun boleh mempromosikan design anda..hantarkan kepada kami..


Saya mengharapkan PAZ mampu menjadi sebuah portfolio kecil atau platform untuk pengkarya meningkat naik ke tahap yang lebih tinggi, nak tau lebih lanjut sila contact Mohd Farez Abdul Karem, kerana karya beliau Nuzentara telah memasuki dan dipaparkan di Galeri Petronas KLCC. Cool!  


Yup.. saya akui zine adalah sebuah medium yang kecil, yer lah apa sangat lah zine tu... tapi dari medium yang sekecil ini lah saya melihat kejayaan dari segi penyatuan. Keterlibatan semua bangsa, agama, baik dari dalam negara mahu pun luar negara dalam menzahirkan karya untuk dikongsi bersama. Sama –sama menolak perbezaan, tanpa perlu menghitung tinggi rendahnya taraf hidup, dan lain-lain perkara yang berkaitan, yang disatukan dengan sebuah ikatan keharmonian. Diharapkan perkara baik sebegini akan terus berlangsung. 


proses penghasilan PAZ edisi December 2014 sedang berlangsung ketika anda membaca pageini, adalah diharapkan anda boleh submit artworks dan turut serta dalam menjayakannya.. start do something instead of sitting on your lazy fat ass..     

Send your artworks to: sickscreen_p@yahoo.com
Check out our blog for more info:
http://psychoticartzine@blogspot.com

Psychotic Art Zine dicompiled, diedit dan dicetak dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Zine belum mati, Terbit satu hari ini.

 Send your stuff now!!